Wednesday, December 30, 2009

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

suekhalis..\copyright

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

suekhalis..\copyright

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

suekhalis..\copyright

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

WeLcome To sueKhalis Blog: BEST FRIENDS FOREVER.........

suekhalis..\copyright

SEMANGKUK TOM YAM NODDLE DI LAZZAT...

YUMMY...AYAH MELAYAN SI KECIL DINI



MASIH MENUNGGU UNTUK DISUAP WALAUPUN MEE HAMPIR HABIS DI MANGKUK..LAPAR BETUL ANAK IBU NI...

I NILAH RESTORAN LAZZAT YANG AKU MAKSUDKAN....


Hujung minggu yang memenatkan...Jalan-jalan menghabiskan duit di DFO south Wharf kerana arini merupakan hari kedua boxing day...ya..perkara yang paling menyeronokan aku kerna dpt shopping barang-barang branded dengan harga yang paling berpatutan dan termampu buat aku...
Riang juga bila melihat si kembar enjoy pada hari itu..ayahnya membuat keputusan untuk tidak memandu ke city sebaliknya pergi dengan menaiki train....kembar yang pada mulanya riak muka agak takut tapi tetiba bertukar senyuman bila train mula berlalu.....yea pengalaman baru buat si kecil....
Setelah penat membeli belah..kami sempat juga menikmati keindahan bandar Melbourne..berjalan kaki dari South Wharf ker Flinders street memang memenatkan tapi memberi banyak pengalaman baru buat kami...melihat pemandangan city yang penuh dengan keriangan dan suasana santai di sepanjang sungai ditengah2 bandaraya Melbourne...ya seronok dan indah yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata....
Kepenatan perut mula menyanyi-nyanyi..isyarat kelaparan bermula...suami ku mencadangkan kami menikmati kebab di flinder streets...tapi tekak aku dah tak mampu untuk menerima kebab lagi...sebab kemana saja kami pergi pasti kebab yang menjadi pelapik perut...aku cadangan agar kami bergerak ker Melbourne Central saja dan terus ke Restoran Lazzat....
Buat pertama kali aku ker Restoran tersebut...ternyata cadangan aku ni agak bernas dan tidak sia-sia...melihat menu tertera..semua hidangan melayu......tekak melayu pergi ke mana mesti mencari masakan melayu....pada mula aku ingat memesan nasi goreng kampung...tapi melihat menu tomyam noddle yang agak menarik aku mula menukar pesanan kepada mee tomya...
fuhh...rasa saling tak tumpah dengan mee tomyam direstoran di Malaysia...sama dan sungguh Lazat...se LAZZAt nama Restoran ini....ahh...memang berbaloi kerna agak jauh aku menapak ker Restoran tu tapi hasilnya setimpal dgn kepenatan yang aku rasa.....
yummy....si anak mula menjerit apabila semangkuk mee tomyam tiba dimeja kami....berselara makan sampai ketitisan kuah yang terakhir...ya hampir empat bulan di sini..baru pertama kali aku menikmati hidangan yang sesedap ini seperti di bumi Malaysia....hah aku rindu masakan Malaysia...yang sedap-sedap sekali.....
Suami ku hanya tersenyum melihat telatah aku yang rakus mengabiskan Semangkuk Mee Tomyam Lazzat....aku mengharapkan ini bukanlan mee tomyam terakhir buat aku....dan bila ker city lagi....aku akan paksa suami ku ker RESTORAN LAZZAT LAGI....sbb banyak lagi menu yang tak sempat aku nikmati....betul2 pencinta makanan...uuuuuu....






suekhalis..\copyright

g

Friday, December 18, 2009

BEST FRIENDS FOREVER.........

DERETAN PA'S IDAMAN RISDA..........

LOKASI DI RISTEC PD SELEPAS KURSUS PA CEMERLANG LAGI GEMILANG



WARKAH BUAT KAWAN...
Kawan detik kemesraan tawa dan tangis kita baru bermula
Aku tau kau tak rela
Melepaskan saat riang bersama
Cukup senak otak memikirkannya
Tapi ternyata kawan rela paksa aku harus akur
Kerna takdir perpisahan telah diatur...
Kawan zahir kau lihat aku selamba...
Ketawa riang seolah tiada apa
Itu puraan buat kau alpa
Memujuk tangis meninggalkan bahagia
Kawan kenangan bersama kukuh dihati
Duka lara dikongsi bagai bersaudara
Itulah sebahagian lekuk kehidupan
Saling bersama biar pun dalam kesusahan
Kawan ingat aku walau berjauhan
Hanya tawa bukan kesedihan
Rindu itu menghimpit perasaan
Mahu dirangkul tetapi yang ada hanya kenangan
Kawan baik buruk diri ini itulah seadanya
Jangan pernah kata aku KAWAN MAKAN KAWAN
Apatah lagi khianati persahabatan
Kerna aku boleh lupa yang lain demi persahabatan
Tambahan dengan kalian berkongsi kegilaan...
Kawan terimalah salam rindu dari perantauan
Sampai masa dimakbul tuhan ada pertemuan
Detik itu satu kebahagiaan
Buat kita menikmati semula apa yg dinamakan
KEINDAHAN PADA SEBUAH PERSAHABATAN..


suekhalis..\copyright

Thursday, December 17, 2009

SALAM HIJRAH 1431.....

Salam untuk semua umat islam di dunia...
Hari ini bermula lah tahun baru hijrah 1431 bagi semua yang beragama islam di seluruh pelusuk dunia.....sudahkah anda membaca doa Akhir dan Awal tahun...diharap semua dpt melaksanakannya dengan baik sekali.
Hijrah nabi dan umat islam dari Kota Mekah ke KOta Madinah...itu lah sejarah permulaan hijrah utk kita...jika Nabi sanggup bersusah payah sebegitu demi islam...menyebarkan syiar islam dgn begitu banyak sekali ancaman dugaan hinaan tomahan namun baginda masih mampu utk menyibarkan islam dgn penuh keyakinan dan tanpa kenal erti ketewasan...
Apakah pengorbanan kita sebagai umatnya....telah berjuangkah kita...atau tertewas sebelum memulakan perjuangan....contohilah baginda kerna itulah sebaik2 manusia yg harus kita contohi...berkat kesabaran baginda kita kini mampu berdiri gah atas nama aku org islam....
dan sepatutnya bukan setakat gah di atas nama sahaja tapi dari segala segi termasuklah amalan serta pelaksanaan dan sebagainya...
Aku bercakap bukan untuk menunding jari kepada sesiapa...bercakap utk peringatan diri sendiri yg juga naif dlm segala hal..memperingati pada yang lupa...jika aku layak untuk mengingatkan mereka..pada sejarah islam..pada perjuangan nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...
aku juga bukan berkata seolah-2 aku ustazah atau seorang pendakwah..aku hanya manusia biasa dan seringkali jua melatah bila di duga...
Aku jemput kepada para remaja semua yang terbaca tulisan aku ini..untuk melihat kearah mana noktahnya perjuangan kita....setakat mana pelaburan kita terhadap saham akhirat...sudah cukupkah belum...boleh kah kita sama2 membantu menyelesaikan kusut sosial yg makin hari makin menggila..hilang segan timbul bangga..bangga aku jadi penagih dadah..bangga aku melahirkan zuriat tanpa ayah..bangga aku buang anak spt membuang kucing dijalanan...dimana letak malunya kita sebagai islam...dimana letak maruah kita yang selama ini diagung2kan...
Mungkin malu itu dikatakan hanya perwatakan kampung yang kolot...semua riak bangga diri dgn kebolehan masing2..hilang sopan santun budi bahasa...hilang hormat..
tinggi mana pun tahap kita menuntut ilmu...jauh mana sekalipun kita pergi...dasyat mana pun kita mampu berkata2...jangan sekali kita lupa ALLAH yang satu.....binasa manusia dibumi ini kerna kita selalu lupa....Lupa untuk berdoa memohon keberkatan...lupa untuk mengucapkan terima kasih dan kesyukuran...lupa diri yg rasanya terlebih bijak segala segi....dan paling takut lupa siapa pencipta kita sehingga lahirnya kita dibumi ini...
Kembali lah kita kelandasan kebenaran...kembali menyapu najis tinggalan mereka...kembali mengingati perjuangan baginda...kembali bermunajat dan bertafakur..ingati siapa kita dibumi tuhan yang maha luas ini....lupakan pada kehidupan yang melalaikan...mimpi indah bisikan syaitan...dunia yang penuh noda lagi selerak dosa...Moga hijrah kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...moga pembaharuan yang kita lakukan ini terbaik bukan sahaja buat diri kita malah kehidupan disekeliling kita.....Berhijrah demi Islam agama yang suci.....
Aku yang menulis mengharapkan agar kalian yang sudi membaca dapat menghayati erti sebenar HIJRAH dalam lintasan hidup kita...bukan setakat juih bibir berkata2 atau mengikut trend semasa....HIJRAH untuk kebaikan kita semua moga selamat dan sempurna agama..diri kita..bangsa kita...keturunan kita...negara kita...alam semesta...
Kupohon kehadrat mu tuhan yang maha mengetahui sesuatu yang pasti aku tidak ketahui...semoga tahun baru hijrah 1431 ini memberi sepenuh penghayatan bagi mereka yang leka..memberi sedar bagi mereka yang lupa...memberi pembaharuan bagi mereka yang berazam untuk perubahan...kau rahmati kami umat nabi Muhammad S.A.W...ampuni dosa2 kami dari sebesar2nya hingga sekecil2 zarah...berilah keberkatan serta petujuk kpd kami ke jalan mu.....jalan yang kau redhoi...jauhi kami dari kesesatan sehingga hampir ke NERAKA mu...HINDARinya ya ALLAH......................lindungi kami dari malapetaka bencana dan hasutan syaitan yang direjam...terimalah amal ibadah kami...dan taubat kami di atas kesilapan..kealpaan kami selama ini...AMin...
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH...SALAM UNTUK SAUDARA SEAGAMA...ALLAHUAKBAR...
suekhalis..\copyright

Wednesday, December 16, 2009

Kekadang aku terfikir

Kekadang aku terfikir siapa aku dibumi yg luas ini
Kecil aku di tengah2 hiruk pikuk kehidupan yg menggila
Melemaskan aku yg kerdil lagi naif
Naif pada segala yang ada didunia ini...

Kekadang kulihat ada insan segak bergaya
Bijak berkata-kata serta lagaknya seperti serba sempurna...
Tapi terkadang aku lihat dia jua ada kelemahan..
Sakit..Kecewa..Menangis..Kehilangan..
Maka aku rasakan dia juga hanya seperti aku

Kekadang aku mencari...arah mana hebatnya dunia pergi
Gah dengan tingginya bangunan pencakar langit
Gahnya dengan kemodenan dan kecanggihan teknologi pikiran manusia
Gah dan angkuhnya manusia menyelongkar kebijaksanaan otak pikiran
Sehingga kadangkala timbul riak..timbul bongkak...dan lupa pada penciptaNYa

Kadangkala aku rasa baiknya tsunami menyedarkan leka
Baiknya Bah besar membersihkan najis pendusta
Menikam si miskin yang hina dina...
Menjadikan si kaya bermaharaja lela....

Kekadang aku rasakan aku perlu berhenti
Berhenti memikirkan siapa aku dibumi ini
Kerna tiada noktah untuk aku terus memikirkannya
Aku hanya insan kerdil dikehidupan ini
Tuhan jadikan aku sebahagian dari kehidupan ini untuk
aku terus bersujud dan berserah diri kepadaNya
Dan itulah jawapan bagi setiap kalut yang aku rasa


suekhalis..\copyright

Thursday, December 10, 2009

Cinta Semalam Biar Belalu

Cinta Semalam Biarkan lah ia berlalu
Kerna cinta itu sepi dan lesu
Hanyutkan kasih dan asmara di lembah terdiam
Biar menjadi memori semalam
Cinta Semalam Kadang mendatang
Menyesakkan hati perasaan bergelombang
Jauhkan aku dari hasutan mengila
Mendapatkan cinta lalu yang menggoda
Aku tau itu silap ku...
Ia juga patut menjadi silapmu
Kalau tak takkan cinta berlalu
Menjadi cinta semalam yang lesu
Kuatkan aku tabahkan aku tuhan
Hasutan itu bagai membunuh cinta baru ini
kerna aku yakin ada setia dan bahagia
cinta baru ciptaan aku bermula
Jauhkan aku cinta semalam
Buang terus dari hati yang menderita
Bukan benci tapi lebih ku rela
Hidup ini dengan keindahan bukan kenangan silam