Wednesday, December 30, 2009

SEMANGKUK TOM YAM NODDLE DI LAZZAT...

YUMMY...AYAH MELAYAN SI KECIL DINI



MASIH MENUNGGU UNTUK DISUAP WALAUPUN MEE HAMPIR HABIS DI MANGKUK..LAPAR BETUL ANAK IBU NI...

I NILAH RESTORAN LAZZAT YANG AKU MAKSUDKAN....


Hujung minggu yang memenatkan...Jalan-jalan menghabiskan duit di DFO south Wharf kerana arini merupakan hari kedua boxing day...ya..perkara yang paling menyeronokan aku kerna dpt shopping barang-barang branded dengan harga yang paling berpatutan dan termampu buat aku...
Riang juga bila melihat si kembar enjoy pada hari itu..ayahnya membuat keputusan untuk tidak memandu ke city sebaliknya pergi dengan menaiki train....kembar yang pada mulanya riak muka agak takut tapi tetiba bertukar senyuman bila train mula berlalu.....yea pengalaman baru buat si kecil....
Setelah penat membeli belah..kami sempat juga menikmati keindahan bandar Melbourne..berjalan kaki dari South Wharf ker Flinders street memang memenatkan tapi memberi banyak pengalaman baru buat kami...melihat pemandangan city yang penuh dengan keriangan dan suasana santai di sepanjang sungai ditengah2 bandaraya Melbourne...ya seronok dan indah yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata....
Kepenatan perut mula menyanyi-nyanyi..isyarat kelaparan bermula...suami ku mencadangkan kami menikmati kebab di flinder streets...tapi tekak aku dah tak mampu untuk menerima kebab lagi...sebab kemana saja kami pergi pasti kebab yang menjadi pelapik perut...aku cadangan agar kami bergerak ker Melbourne Central saja dan terus ke Restoran Lazzat....
Buat pertama kali aku ker Restoran tersebut...ternyata cadangan aku ni agak bernas dan tidak sia-sia...melihat menu tertera..semua hidangan melayu......tekak melayu pergi ke mana mesti mencari masakan melayu....pada mula aku ingat memesan nasi goreng kampung...tapi melihat menu tomyam noddle yang agak menarik aku mula menukar pesanan kepada mee tomya...
fuhh...rasa saling tak tumpah dengan mee tomyam direstoran di Malaysia...sama dan sungguh Lazat...se LAZZAt nama Restoran ini....ahh...memang berbaloi kerna agak jauh aku menapak ker Restoran tu tapi hasilnya setimpal dgn kepenatan yang aku rasa.....
yummy....si anak mula menjerit apabila semangkuk mee tomyam tiba dimeja kami....berselara makan sampai ketitisan kuah yang terakhir...ya hampir empat bulan di sini..baru pertama kali aku menikmati hidangan yang sesedap ini seperti di bumi Malaysia....hah aku rindu masakan Malaysia...yang sedap-sedap sekali.....
Suami ku hanya tersenyum melihat telatah aku yang rakus mengabiskan Semangkuk Mee Tomyam Lazzat....aku mengharapkan ini bukanlan mee tomyam terakhir buat aku....dan bila ker city lagi....aku akan paksa suami ku ker RESTORAN LAZZAT LAGI....sbb banyak lagi menu yang tak sempat aku nikmati....betul2 pencinta makanan...uuuuuu....






suekhalis..\copyright

g

No comments: