Friday, December 18, 2009

BEST FRIENDS FOREVER.........

DERETAN PA'S IDAMAN RISDA..........

LOKASI DI RISTEC PD SELEPAS KURSUS PA CEMERLANG LAGI GEMILANG



WARKAH BUAT KAWAN...
Kawan detik kemesraan tawa dan tangis kita baru bermula
Aku tau kau tak rela
Melepaskan saat riang bersama
Cukup senak otak memikirkannya
Tapi ternyata kawan rela paksa aku harus akur
Kerna takdir perpisahan telah diatur...
Kawan zahir kau lihat aku selamba...
Ketawa riang seolah tiada apa
Itu puraan buat kau alpa
Memujuk tangis meninggalkan bahagia
Kawan kenangan bersama kukuh dihati
Duka lara dikongsi bagai bersaudara
Itulah sebahagian lekuk kehidupan
Saling bersama biar pun dalam kesusahan
Kawan ingat aku walau berjauhan
Hanya tawa bukan kesedihan
Rindu itu menghimpit perasaan
Mahu dirangkul tetapi yang ada hanya kenangan
Kawan baik buruk diri ini itulah seadanya
Jangan pernah kata aku KAWAN MAKAN KAWAN
Apatah lagi khianati persahabatan
Kerna aku boleh lupa yang lain demi persahabatan
Tambahan dengan kalian berkongsi kegilaan...
Kawan terimalah salam rindu dari perantauan
Sampai masa dimakbul tuhan ada pertemuan
Detik itu satu kebahagiaan
Buat kita menikmati semula apa yg dinamakan
KEINDAHAN PADA SEBUAH PERSAHABATAN..


suekhalis..\copyright

No comments: